Baking soda terbukti baik untuk membersihkan sebarang kekotoran. Ia menjadi penyelamat bagi kebanyakan dapur untuk membersihkan percikan minyak selepas menggoreng, kotoran di hud serta peralatan dapur yang lain. Namun bagaimana untuk menggunakan baking soda sebagai agen pembersih. Mudah sahaja! Mula-mula anda lembapkan span kemudian bersihkan dapur terlebih dahulu. Seterusnya taburkan sedikit soda pada span tersebut. Anda boleh mula menggosok kotoran yang ditinggalkan sehingga benar-benar hilang daripada pandangan.