Mesti ramai yang suka makan Blueberry Cheese Tart dan selalu beli sahaja. Apa kata cuti hujung minggu ini kita mencuba sendiri resepi kegemaran kita sendiri. Orang kata hasil kerja tangan sendiri lagi sedap..Betul tak betul mari kita mencuba sendiri....

 

Bahan-bahan ( 30 biji )

Bahan-bahan untuk pastri:

125gm butter

60gm gula aising

250gm tepung gandum

1/2 sudu teh esen vanila

1 sudu besar air

 

Bahan-bahan cheese:

125gm cream cheese

50gm butter

60gm gula halus

Blueberry jem secukupnya

 

 

CARA MEMBUAT :

Pastri

  1. Ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran. Campurkan butter dengan tepung sehingga membentuk 'crumbs' kasar. Tambahkan esen vanila & air.
  2. Bentukkan doh menggunakan acuan tart. Setelah itu bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180 darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Cream Cheese

  1. Campurkan semua bahan-bahan untuk cream cheese - cream cheese, butter & gula dalam satu bekas & pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga rata.
  2. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri, setelah itu masukkan jem blueberry & akhir sekali litupi laisan blueberry itu dengan adunan cream cheese. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10 min dengan kepanasan 180 darjah celcius.
  3. Setelah tart masak kelurkan dari oven, dan sejukkan. Setelah itu bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba..!!