Siapa kata warna pink hanya untuk perempuan? Dan siapa kata warna pink susah untuk dipadankan? Pereka Interior berkongsi 10 warna terbaik yang boleh dipadankan dengan warna pink. Lepasni, En suami mula lah jatuh cinta dengan warna pink dan padanannya.

Bila berkata mengenai pemilihan cat merah jambu, kita akan secara lansungnya memikirkan bilik anak perempuan kecil walhal merah jambu ini tiada limitasinya. Terdapat banyak jenis merah jambu yang boleh dipadankan dengan pelbagai jenis warna untuk kediaman anda. Mungkin tidak pada cat, tapi pada aksesorinya.