Warna-warna ini sedikit sebanyak akan membuat mood anda happy tatkala berada di dalam bilik air. Lepasni, setiap kali nak mandi mesti teruja sebab nak bersiap sebelum ke tempat kerja. Warna banyak mempengaruhi, pernah kan setiap kali kita tengok sesetengah warna tu, mood kita happy je. Nak marah pon tak jadi. Tapi ada sesetengah tu, bila tengok tak ada mood lansung. Inilah yang akan mempengaruhi diri kita. Lepasni, nak pilih cat, pilih warna tenang. Balik kerja tengok warna rumah, terus hilang stress.