Sudah menjadi satu keperluan terutamanya bagi mereka yang tinggal di kediaman apartmen untuk mempunyai ruang mencuci pakaian atau ‘laundry station’. Kawasan kediaman yang luas mungkin tidak mempunyai masalah untuk  mewujudkan ruang khas ini, tetapi jika ruang yang ada agak sempit, di sinilah memerlukan daya kreativiti anda untuk menggunakan ruang dengan sebaiknya.

 

Kebiasaannya, kediaman apartmen memang disediakan sudut khas untuk ruang mencuci. Namun begitu, jika tidak diatur dengan baik, ia akan merosakkan penampilan keseluruhan ruang kediaman. Tambahan pula, ruang mendobi ini terletak pada lantai yang sama dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Untuk kediaman teres pula, bilik stor atau bilik yang paling kecil juga boleh dijadikan sebagai ruang mendobi. Ini kan menjadikan ruang ini lebih efisien dan tampil kemas.

 

Perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum mencipta ruang mendobi ini adalah dengan mengatur ruang yang baik supaya mesin basuh boleh dimasukkan mengikut idea-idea bilik dobi yang bakal kami kongsikan ini. Kedua, anda harus bijak berurusan dengan ruang yang sempit. Contohnya, jika kediaman anda benar-benar sempit, beli mesin basuh dan mesin pengering dalam satu mesin. Ia akan menjimatkan lebih banyak ruang.

 

Seterusnya, ruang ini juga harus dilengkapi dengan rak dan kabinet untuk menyimpan peralatan dan agen pencuci pakaian supaya tidak berselerakan. Akhir sekali, ruang untuk menjemur pakaian juga harus diambil kira. Ini kerana mungkin ada jenis-jenis pakaian yang perlu dikeringkan secara semula jadi. Jadi, anda terus boleh menggantungnya selepas selesai urusan mendobi.

 

Semoga tip yang dikongsikan ni dapat membantu anda untuk mencipta ruang dobi sendiri di rumah. Untuk lebih memudahkan kerja anda, jom kita lihat sepuluh idea ‘laundry station’ yang boleh dijadikan sebagai inspirasi.

 

Selamat mencuba!
 

 

Rujukkan: jeanleverthood.com