Nama  : Bunga Tiga Bulan atau Hydrangea Macrophylla.
Asal    : Jepun.
Warna : Putih, biru keunguan dan merah muda. (Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pH tanah di mana tanah yang lebih berasid, bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda.)

 


Deskripsi : Pokok Bunga Tiga Bulan adalah spesies Hydrangea di mana bunganya sangat cantik dan ia mekar dalam kelompok yang membentuk bulatan. Nama-nama biasa yang lain termasuklah Bigleaf Hydrangea, French Hydrangea, Lacecap Hydrangea, Mophead
Hydrangea, Penny Mac dan Hortensia. Ia ditanam secara meluas di banyak negara lain di dunia dan dalam pelbagai iklim.

 

Pokok renek daun luruh ini biasanya tumbuh setinggi 1-3 meter. Daunnya berbentuk bujur dan bersaiz 7-20 sentimeter panjang serta tepi daun pula bergigi kasar. Hydrangea macrophylla yang bersifat tahan lasak dan dibiakkan secara keratan ini telah ditanam sejak sekian lama sebagai satu tumbuhan hiasan di Jepun. Juga, ditanam secara meluas di negara beriklim sederhana di seluruh dunia sejak 150 tahun lalu. Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang kaya dengan lembapan serta mempunyai saliran yang baik di bawah cahaya matahari yang sederhana.

 

Fakta menarik : Teh Hydrangea, yang dikenali dengan ama-cha di Jepun, merupakan satu minuman yang diperbuat daripada rendaman kelopak-kelopak daun teh dan bunga tiga bulan.