Al-quran sebuah mukjizat terbesar yang memberi manfaat bukan sekadar kepada umat islam malah non-muslim. Segala perkara tentang kehidpuan dan alam semesta telah didehakan di dalam alquran dan tidak terkecuali bidang agronomi dan botani.

Segala yang tersurat dantersirat di dalam Al-quran bukan lah sekadar untuk di baca, malah utuk difahami dan dipelajari oleh umat islam terutamanya. Kerana Al-quran adalah sebuah sumber ilmu yang sahih diturunkan oleh Allah SWT kepada umat islam melalui Nabinya Muhammad SAW.

Antara teori Agronomi yang telah dinyatakan di dalam Al-quran adalah Galakkan untuk berkebun di dataran yang tinggi:

1. Hasil lebih optimum di kawasan tanah tinggi

“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan” (Al-Baqarah 2:265
 

Ini mennunjukkan bahawa, kebun yang terletak di dataran yang tinggi dari paras laut mempunyai kondisi yang amat sesuai untuk tujuan berkebun. Jika dibandingkan di tanah rendah, hasilnya dua kali ganda lebih banyak.

2. Ancaman tanaman ketika musim hujan/banjir

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.(15)
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.(16)(Saba' 34:15-16

Melalui 2 ayat ini jelas menunjukkan bahawa ancaman terhadapat tanaman apabila tibanya banjir. Oleh sebab itu, dari awalnya tiba musim hujan petani harus bersiap sedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang bakal diterjadi terhadap tanaman mereka secara redha.

Dari ayat-ayat alquran yang dibincang kan di atas jelas menunjukkan bahawa kebun yang terletak di kawasan berbukit atau dataran yang tinggi dari paras laut memiliki keistimewaan terutamanya dalam pengamatan cahaya. Ini juga membuktikan bahawa kawasan tinggi mempunyai penerimaan hujuan atau sumber air bersih lebih banyak dari dataran rendah.

Al Quran iaitu kitab sempurna yang diturunkan oleh Allah kepada hambanya mengandungi semua jawapan kepada setiap isi langit dan bumi. Memahami Al-Quran dan mengenali zat nya adalah kewajipan kita sebagai hamba Allah. Bagi menyemarakkan budaya membaca Al Quran jom kita sama-sama menyemarakkan kempen World #QuranHour, yang akan berlansung pada 31 Ogos 2017 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada 11.30am - 1 petang dan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula 5petang - 10.45 malam.