Pepatung atau lebih mudah di kenali dengan panggilan Dragonfly ialah sejenis serangga pemangsa yang terlatak di tangga paling atas di dalam rantai makanan serangga. Ia mempunyai sepasang mata yang besar dan mempunyai kadar penglihatan 360 darjah. Di samping itu juga, serangga purba ini dianugerahkan dengan sepasang kepak jernih dan besar yang membolehkan ia mudah terbang dalam apa jua situasi.

Pepatung antara serangga yang digunakan untuk pengawalan biolgi didalam pertanian. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Pepatung betina akan bertelur di dasar permukaan air yang bersih. Apabila telurnya menetas ia akan mengalami beberapa peringkat kitaran hidup untuk menjadikan ia sebagai seekor pepatung dewasa. Tempoh yang diambil untuk menjadi pepatung dewasa adalah antara 3 hingga 4 bulan dan ada juga yang mencecah 5 bulan.

 

Sepanjang kitaran hidup sebelum menjadi dewasa, anak atau Nymph akan memakan sebarang lava dan nymph serangga yang bertelur di dalam air terutamanya jentik-jentik. Ini secara tidak langsung mengurangakn kadar nyamuk di laman anda.

 

Apabila nymph dah dewasa dan sedia untuk ke darat, ia akan terus hinggap pada daun yang terdapat di sekitar habitatnya. Pepatung dewasa mampu hidup untuk tempoh 5-6 bulan dalam iklim Malaysia. Namun ia bergantung kepada spesis.

 

Makanan utama untuk pepatung dewasa adalah serangga perosak yang bayak memusnahkan tanaman seperti lalat buah, nyamuk, belalang kecil, kumbang, semut, hamama dan pelbagai lagi. Namun di Malaysia pengawalan biologi melalui pepatung masih kurang dipraktikkan.

 

Tak susah pun nak atrik perhatian pepatung ke laman anda. anda hannya perlu sediakan kawasan berair bersih dengan memperkenalkan beberapa spesis tanaman yang merimbun dan renek untuk menjadi tempat lindungan pepatung muda. Pepatung kalau menetas didalam perkarangan rumah kita, dia akan menghabiskan sepanjang hayatnya di dalam lingkungan kediaman asalnya selagi keperluannya masih cukup.

Tambahan, kehadiran pepatung juga menjadi petanda bahawa ekosistem persekitaran laman anda bersih kerana pepatung adalah sejenis serangga yang cerewet terhadap persekitarannya.

Oleh itu, bagi mengurangakan penggunaan racun serangga untuk tanaman, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah kawalan secara bilogi melalui penggunaan serangga pemangsa ini untuk kehidupan yang lebih lestari dan mampan.