Ramai sekarang lebih ke arah penanam organik. Tapi kalau nak beli baja yang dikategorikan sebagai organik harga nya agak mahalkan. Dari anda beli mahal-mahal, lebih baik buat sendiri. Tapi apa barang atau bahan yang boleh kita gunakan sebagai baja organik? Itu haaa.. barang yang anda buang hari-hari dari dapur dan laman. Itu lah barang organik yang berkualiti tinggi lagi original tau. lepas ni jangan buang dah 7 bahan ini:

1. Grass clippings/keratan rumput

Keratan rumput adalah antara bahan yang paling mudah mereput atau terurai. Kebiasaanya kalau kita mesin rumpu atau upah orang, keratan rumput tersebut kita akan longgok dan bakar atau masukkan di dalm plastik untuk di buangkan? RUGINYE.

Keratan rumput yang masih segar mengandungi 55 nitrogen manakala yang telah kering 2% sahaja. Lepas ini, kalau selesai tugas memotong rumput anda longgokkan ia terus di bawah pokok atau tanaman. Dalam masa yang sama keratan rumput tadi akan menjadi sungkupan yang akan mengekalkan kelembapan di dalam tanah.

PERHATIAN: Jika anda menggunakan sebarang racun serangga/perosak pada rumput, ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai baja organik. Buang lah.

2. Kulit pisang

Kulit pisang kaya dengan potassium, phosphorous dan kalsium. Tapi bender nie lah yang orang selalu buang. Pelbagai kaedah atau cara untuk jadikan kulit pisang sebagai baja organik. Anda boleh tanamkan terus kulit pisang pada pangkal pokok atau potongkan ia kecil-kecil dan taburkan sekitar pangkal pokok. Ada juga kaedah paling mudah iaitu dengan menggunakan ekstrak kulit pisang. Rendam kulit pisang didalam air selama 48 jam, kemudian siram terus pada medium tanaman.

 

3. kulit telur

Kulit telur merupakan sumber terbaik dalam membekalkan kalsium di dalam tanah. Ia boleh diletakkan terus ke tanah atau dijadikan sebagai salah satu bahan kompos. Selain itu juga, anda boleh hancurkan kulit telur tersebut dan letakkannya sebagai lapisan pertama did alam lubang tanaman. Disamping itu, kulit siput berupaya mencegah masalah siput dan lintak bulan. Siput dan lintah bulan tidak gemarkan tekstur kulit terlur yang tajam keran ia bakal mencederakan mereka.

4. Arang

Selesai kerja mengemas laman dan kebun perkara terakhir yang akan anda lakukan adalh membakar longgokkan kayu dan daun. Proses pembakaran yang anda lakukan sebenarnya adalah salah satu cara yang mudah untuk anda memperoleh baja organik yang mudah terurai. Tapi ramai yang abaikan.

Arang diperkaya dengan potassium dan bersifat alkali.  Ini menunjukkan arang berupaya mempertingkatkan kadar pH di dalam tanah dan boleh menggantikan kapur pertanian. Arang lebih efektif apabila ia dicampurkan bersama air kencing. Dengar macam kotorkan, tapi itu yang disahkan oleh National Geographic. Melalui paduan dua bahan tersebut, ia berupaya mempertingkatkan 5 kali ganda hasil di kebun anda. Baca artikel tersebut untuk lebih faham Human Pee With Ash Is A Natural Fertilizer.

5. air rebusan

ramai yang tidak sedar air rebusan telur, sayur, kerang dan pelbagai lagi mengandungi nutrian yang ditinggalkan oleh bahan yang direbus tadi? Air rebusan ini amat bagus untuk tanaman anda. Tapi ada beberapa syarat penggunaan air rebusan yang perlu anda tahu.

  • Jangan gunakan air rebusan yang telah di tambah garam, gula, sodium atau sebarang perisa tambahan.
  • Janggunakan air rebusan yang mengandungi kanji seperti kentang dan keledek
  • Gunakan air rebusan sejurus ia sejuk sepenuhnya.

6. Sisa ikan

Sisa ikan memerlukan kerja yang sedikit rumit untuk menjadikannya sebagai baja organik kepada kebun anda. Namun, hasilnya ‘SUPERB’. Kebiasaanya baja hasil daripada isisa ikan kebiasaannya di pangil FISH AMINO ACID.

Resepi Fish Amino Acid

Bahan – bahannya:

a) 1 kg gula merah / molases
b) bekas plastik atau kaca berpenutup (atau kertas dan tali)
c) 1 kg sisa ikan

Cara – cara:

1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi

2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1

3. Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.

4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.

Kaedah penggunaan:

1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.

7. serbuk kopi dan teh

Serbuk kopi mahu pun uncang teh terpakai juga mempunyai manfaat kepada tanaman terutamanya bahagian medium tanah. Jika anda bukan peminat kopi, anda boleh dapatkan serbuk kopi terpakai dari kafe-kafe yang menyediakan menu kopi seperti Starbuk dan sebagainya.

Kopi adalah sumber nitrogen yang terbaik diperlukan oleh tanah untuk tumbesaran tanaman. Ia bole dicampur terus kedalam medium tanaman ataupun campurkan bersama bahan-bahan kompos lain dalam penyediaan baja oganik. Selain itu juga, jika anda taburkan ia pada permukaan medium tanaman, ia berupaya menjadi sungkupan seperti Peat moss yang mengekalkan kelembapan tanah.

Resepi baja kompos kopi

- 1/3 daun kering

- 1/3 serbuk kopi

- 1/3 potongan rumput

Cara-cara:

- Campurkan ke tiga-tiga bahan did alam satu bekas dan biarkan ia mereput

- Lebih mudah sediakan bekas yang sistematik di mana bahagian yang telah terurai akan mudah di bawa keluar untuk digunakan. Yang belum, boleh terus dibiarkan shingga sedia.