Nyamuk merupakan ancaman besar untuk ketenangan dan keselamatan seisi keluarga. Anda sebenarnya boleh mencegah dan menghalang nyamuk dari 'menghuni' bersama dengan mencipta taman pokok bunga yang boleh menghalau nyamuk ini. Di bawah berikut ada 5 tip mengenai panduan untuk memposisikan pokok bunga tersebut di kawasan kediaman yang strategik;

1. Tanam tumbuhan yang boleh mencegah nyamuk di dalam pasu dan letakkan pada kawasan patio, wakaf atau di mana sahaja kawasan laman yang sering digunakan sebagai port santai anda.


2. Pokok bunga yang menjadi pilihan menghalau nyamuk ialah Geranium, Rosemary, Marigold, dan Ageratum


3. Letakkan pasu berisi pokok bunga tersebut di bahagian pintu masuk hadapan dan pintu belakang rumah anda.


4. Wujudkan window green dengan menanam tumbuhan yang boleh mencegah nyamuk dan di mana - mana sahaja laluan angin.


5. Tanam tumbuhan penghalang nyamuk dengan tumbuhan hiasan lain yang terdapat di halaman anda.