Tut atau dikenali juga dengan teknik air layering (keratan daun jenis lenturan udara)  merupakan proses memperolehi generasi tumbuhan yang sama dengan pokok asalnya.

Kelebihan yang boleh didapati dengan kaedah pembiakan cara ini jika dibandingkan dengan anak benih ialah ia lebih cepat untuk mendapatkan sebatang pokok yang cukup besar. Tambahan pula, cara ini  sangat sesuai diadaptasi pada pokok jenis berbatang keras.


Selain daripada digunakan untuk tanaman hiasan atau pokok berbuah, sebenarnya proses ini turut boleh dilakukan kepada tumbuhan jenis kitchen garden seperti Pokok Bay. Di bawah berikut ialah kaedah yang telah dilakukan;


Bahan-bahannya:
1. Jiffy 7
2. Cawan plastik
3. pisau pertanian
4. Cutter
5. plastik transparent
6. rooting powder
7 tali rafia


Keadahnya:
1. Masukkan air ke dalam cawan plastik lebih kurang 70 ml


2. Setelah itu, rendamkan  jiffy 7 ke dalam air tersebut dan biarkan selama 7 minit.


3. Cantas sedikit dahan-dahan yang ada dibahagian atas pokok Bay


4. Dengan menggunakan pisau pertanian, buang lapisan permukaan kulit pokok (kambium) dengan berhati-hati.


5. Sapukan bahagian batang pokok dengan rooting powder.


6. Setelah jiffy 7 kembang sepenuhnya, potong kepada dua bahagian


7. Balut jiffy 7 pada bahagian kambium yang telah dibuang. Gunakan bantuan plastik transparent untuk mengelakkan dari ragam cuaca seperti hujan ataupun air siraman.


9. Ikat kemas dengan menggunakan tali rafia.


Tip:


1) Kegunaan plastik transparent sebenarnya bertujuan membantu pemilik pokok melihat proses tumbesaran akar yang terhasil. Setelah pemilik mendapati akar telah dikeluarkan oleh pokok, potong bahagian tersebut dan bolehlah dilakukan proses transplant anak pokok.
2) Sebaik-baiknya pilih bahagian atas Pokok Bay yang berdekatan dengan dahan-dahan.

Penghargaan buat: Puan Rohani Bujang