Dalam Al-Qur`an juga ada menyebut pisang sebagai salah satu buah-buahan syurga, “Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.” (al-Waaqi’ah [56]: 28-33).

Pisang merupakan salah satu buah ajaib yang disebut dalam Al-Qur`an. Bahkan juga disebut pisang sebagai salah satu buah dalam syurga. Seperti semua nikmat lain yang diberi, buah pisang yang dinikmati para penghuni syurga tentu akan jauh lebih sempurna dari pisang yang dapat dibayangkan kini yang terdapat di dunia.

Pisang, buah yang sangat bergizi, terdiri 75% air, 1.3% protein dan 0.6% lemak. Buah pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium yang tinggi hingga mampu memberi tenaga segera kepada badan. Di samping menolong menyembuhkan banyak penyakit, pisang sangat dianjurkan untuk merawat demam, gangguan sistem pencernaan, kejang-kejang, dan pelbagai lagi.

Tingginya jumlah potassium yang dikandungnya (0.24%) memberi manfaat kepada tubuh untuk mencegah dan membuang jumlah lemak yang terkandung di dalam badan dengan mudah. Secara tidak langsung ini bermakna pisang amat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Potassium dan sodium di dalam pisang mampu meningkatkan pertumbuhan sel dan otot. Di samping itu, pengambilan pisang secara teratur mampu mengimbangi keperluan cecair di dalam badan. Pisang, yang kaya vitamin B6, juga memainkan peranan penting dalam mencegah tindak balas unsur kimia dari protein dan asid amino.  Apa yang terkandung di dalam Al Quran adalah sesuatu yang wajib kita percayai dan imani.

Al Quran iaitu kitab sempurna yang diturunkan oleh Allah kepada hambanya mengandungi semua jawapan kepada setiap isi langit dan bumi. Memahami Al-Quran dan mengenali zat nya adalah kewajipan kita sebagai hamba Allah. Bagi menyemarakkan budaya membaca Al Quran jom kita sama-sama menyemarakkan kempen World #QuranHour, yang akan berlansung pada 31 Ogos 2017 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada 11.30am - 1 petang dan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula 5petang - 10.45 malam.