Kebiasaanya kita dengar hanya kulit telur digunakan sebagai baja. Jarang sekali menggunakan keseluruhan telur temasuk isinya yang masih segar kan? Tetapi di Thailand, mereka menggunakan telur segar sebagai baja untuk memperkuatkan akar tanaman.

2 bahan utama yang digunakan iaitu telur dan yogurt punya peranan masing-masing. Umum tahu, telur kaya dengan kalsium dan ia antara nutrien terpenting yang diperlukann dalam tumbesaran tanaman terutamanya dari jenis sayuran dan buah-buahan. Manakala yogurt mempertingkatkan jumlah mikro di dalam tanah.

Bahan:

20biji telur
ragi 1/4 je
1L yogurt
molases/gula merah


Cara buat:

1.20 biji telur di masukkn kedalam bekas dan kacau. Kulitnya jgn buang yer. Tumbuk sampai halus dan masukkan didalam telur yang telah dikacau.

2.Masukkan molases/gula merah ke dalam bekas berisi telur tadi dan kacau sehingga sebati.

3.Masukkan yogurt 1L mungkin

4.Setelah bancuhan sebati, masukkan 1/4 ragi didalam bekas tersebut, pastikan ragi dihancurkan. Dan kacau sehingga sebati

5.setelah siap.tapai selama 15 hari. 
Pastu boleh guna..