Taman Bali merupakan inspirasi taman tropika yang merujuk kepada sebuah lokasi yang terletak di Indonesia sebagai ironi yang utama. Oleh kerana ia dipengaruhi dengan unsur-unsur budaya, susun atur dan reka bentuk taman nya kelihatan menarik dan sedikit berbeza dari taman tropika lainnya.

Untuk mengenali dengan lebih dekat, berikut ialah beberapa elemen untuk konsep taman bali;  

1. Taman Bali yang sebenar adalah sebuah taman landskap misteri dan diselubungi dengan nafsu dari jiwa masyarakatnya yang mencintai alam semula jadi.


2. Helikonia sesuai ditanam di tanah yang kaya dengan humus, bersaliran baik, lembap, di kawasan yang terbuka dan juga separa teduh. Selain dibiakkan daripada rizom, helikonia juga sesuai dibiakkan dengan cara belahan rumpun. Bagi menggalakkan pertumbuhannya, sebaik-baiknya buang semua daun dan bunga yang telah mati.


3. Unsur - unsur air melengkapkan gaya taman bali. Tidak kira sama ada kolam atau mangkuk bertopang yang dipenuhi dengan bunga teratai, ia merupakan objek atau motif wajib dalam menjelmakan sebuah konsep taman bali.'


4. Pilih perabot taman berdasarkan keluasan laman, kecenderungan kegunaan dan juga daya ketahannya terhadap cuaca.


5. Menikmati keindahan taman pada waktu malam adalah paling mengasyikkan terutamanya dengan penataan pencahayaan yang baik dan dramatik. Oleh yang demikian, tanaman hiasan berbunga (atau masih berbunga biarpun pada waktu malam) seperti Alpinia purpurata, helikonia dan lain-lain mampu membangkitkan lagi persembahan taman konsep bali ini. Melengkapkan lagi, tambahan bunga-bunga berbau harum seperti melur, cempaka, dan sebagainya pasti mewangikan keseluruhan taman.


6. Sekiranya anda bercadang untuk menggantikan rumput dengan ground covers yang lain, pastikan anda arif mengenai sifat pertumbuhannya. Rumput adalah penyelesaian paling praktikal untuk menutup kelemahan struktur tanah. Ianya juga lebih mesra untuk diselenggara dan sebagainya.