Penampilan ruang makan perlu di ubah demi keselesaan saat menjamu selera dengan aplikasi perabot bersesuaian. Tidak perlu terlalu menonjol dengan riasan yang menyesakkan ruang namun cukuplah sekadar memenuhi keperluan harian.

 

Meletakkan meja makan sekurang-kurangnya memuatkan dua hingga enam tempat duduk, pastinya ruang makan terlihat kurang selesa. Pun begitu, perabot sedemikian masih boleh dipilih, Cuma anda perlu berhati-hati dengan perabot bersaiz besar

 

Mainan rona putih pada ruang makan terhad sememangnya alternatif bijak dalam memberikan impak ruang lebih besar. Pemilihan meja makan bulat pula bukan sekadar menjimatkan ruang yang ada malah membantu kelancaran aktiviti sosial.

 

 

  • Pemilihan bentuk meja makan asalkan  tidak menyusahkan trafik di sekitarnya.
  • Pemilihan warna berani yang mana mencerminkan kebersihan.
  • Pemilihan material yang boleh dibersihkan dengan mudah.
  • Ruang yang terbuka, luas dan tiada penghalang.
  • Ruang makan bagi masyarakat kita ada kalanya lebih luas definisinya dari ruang tamu.
  • Pencahayaan yang cukup dan bukaan yang luas agar selesa ketika menjamu selera.
  • Terletak tidak jauh dari ruang dapur dan mempunyai laluan yang luas.

 

 

    Saranan : Hadkan bilangan perabot di ruang makan.