Ubah penampilan ruang makan demi keselesaan saat menjamu selera dengan aplikasi perabot bersesuaian. Tidak perlu terlalu menonjol dengan riasan yang menyesakkan ruang namun cukuplah sekadar memenuhi keperluan harian.

 

Mainan rona putih pada ruang makan terhad sememangnya alternatif bijak dalam memberikan impak ruang lebih besar. Pemilihan meja makan bulat ini pula bukan sekadar menjimatkan ruang yang ada malah membantu kelancaran aktiviti sosial di sini.