Penggunaan meja makan bersaiz dempak sekiranya tersalah percaturan akan menampakkan ruang sempit dan mungkin padat. Jadi amat penting untuk anda pastikan ruang di atur dengan baik dan menggunakan perabot serta hiasan yang minimum. Bukan itu sahaja, pilihan meja makan dengan lapan atau mungkin 10 buah kerusi ini juga harus di sesuaikan dengan gaya serta konsep yang anda telah tetapkan agar ia tidak terlalu jelas nampak canggung atau tidak kena dengan yang lain. Pastikan juga rona-rona yang di pilih bukan hanya untuk meja makan anda malah sekeliling ruang makan itu sendiri juga memberikan ilusi luas dan selesa bukannya lebih menyempitkan lagi.  untuk lebih jelas, WEB IMPIANA kongsikan dengan anda idea-idea menarik sekiranya anda ingin memilih meja makan bersaiz dempak.