Terdapat begitu banyak bentuk dan saiz meja makan di pasaran. Namun yang mana satu menjadi pilihan tepat buat anda? Rupa bentuk meja makan begitu penting bagi memastikan bersesuaian dengan ruang serta konsep sesebuah kediaman. Pemilihan meja makan begitu penting kerana ia merupakan salah satu  perabot utama pada sesebuah kediaman. Berikut WEB IMPIANA kongsikan tip berguna yang boleh diguna pakai sebelum memilih meja makan yang bersesuaian.


1.Kenal pasti saiz ruang makan terlebih dahulu. Anda mungkin selesa mencongak sahaja mengikut pemerhatian anda, hakikatnya anda perlu mengukur saiz ruang yang ada untuk kesesuaian meja makan yang akan dimuatkan di ruang tersebut. Ukuran meliputi seluruh kawasan ruang tersebut dan meninggalkan sedikit ruang antara 42 inci untuk keselesaan di bahagian ruang makan. Ukuran yang dibuat begitu penting kerana ditakuti meja makan tersebut terlalu besar untuk satu ruang yang agak sempit.


2.Bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad, pemilihan meja bulat besar begitu digalakkan. Ini kerana meja tersebut tidak mempunyai sudut dan tidak mengambil ruang yang begitu besar untuk menempatkannya. Kehadiran meja ini sesuai untuk kumpulan kecil selain mudah untuk berkomunikasi.


3.Pemilihan meja segi empat pula sesuai bagi ruang yang luas dan mempunyai banyak kerusi. Ia boleh memuatkan lebih ramai orang berbanding meja makan yang lain. Namun ada sedikit kesukaran apabila menggunakan meja besar, anda sukar untuk mencapai sesuatu makanan.


4.Faktor yang paling penting dalam menentukan barangan yang dibeli ialah bajet yang harus dikeluarkan. Jika anda mempunyai bajet yang lebih kecil maka anda mungkin perlu mempunyai kualiti meja makan yang tidak memakan belanja yang begitu besar.


5.Pemilihan meja makan juga mengambil kira faktor konsep yang diguna pakai di dalam kediaman. Ia pasti sahaja mampu meningkatkan nilai estetika sesebuah kediaman.


6.Jika ruang makan anda sebahagian dari dapur, anda boleh memilih meja makan yang lebih kasual kerana kedua-duanya saling berkaitan dan sering digunakan.


7.Bilangan penghuni kediaman harus dititikberatkan bagi membolehkan semua ahli keluarga mendapat tempat di meja makan. Bagi keluarga besar pastinya pemilihan meja makan yang meja besar begitu sesuai kerana tampil selari.


8.Pemilik juga harus memikirkan tentang kekerapan menggunakan meja makan sebelum mengambil keputusan untuk membeli. Sama ada meja makan tersebut digunakan secara rasmi atau sebaliknya.


9.Pemilihan meja makan harus berdasarkan kepada material terbaik agar ia mudah untuk disesuaikan dengan situasi penghuni kediaman. Jika anda mahu menggunakan meja untuk makan malam, kerja rumah dan aktiviti-aktiviti lain anda perlu memilih meja makan yang tahan lama.


10.Kemasan kayu juga menjadi antara salah satu  material hebat yang tidak harus dilupakan. Ia mudah digilap dan mempunyai kemasan berkilat. Jika anda mempunyai anak, jari kotor akan mengotori meja kaca dan mempunyai risiko tinggi untuk pecah.