Pasti ada ruang yang ingin diberi sentuhan baru di ruang kediaman yang baru di duduki atau ingin mencuba konsep yang baru di ruang kesayangan anda. Antara ruang yang perlu diberi perhatian termasuklah ruang makan sebagai ruang sosial sekunder. Penataan gaya moden klasik dengan gaya retro kembali menjadi trend pilihan para pereka dalam penataan ruang makan. Suntikan elemen perabot klasik degan ganding aksesori moden bakal mencipta suasana tersendiri di ruang ini.

 

 

  • MATERIAL DAN PERABOT

Meja makan dengan permukaan marmar putih dipadankan rekaan kaki kayu. Manakala kerusi makan kayu disertakan dengan kusyen rona
cerah dan terang, seperti warna candy. Perabot pereka yang unik dan terkenal boleh di aplikasi di ruang ini.

 

 

  • PENCAHAYAAN

Pencahayaan hangat (warm lighting) daripada jenis pencahayaan am dan ambiens boleh digunakan, selain daripada pencahayaan berwarna-warni dan lampu jenis industri kemasan besi (industrial lighting) pada ruang ini.

 

 

  • KEMASAN LANTAI

Seperti reka bentuk perabot, kemasan lantai kayu asli bakal menaikkan konsep moden klasik. Jika inginkan kelainan, jubin dengan motif retro
tahun 1970-an juga boleh dipadankan di ruang ini.

 

 

  • AKSESORI

Bagi menambah seri di ruang makan anda itu, aksesori dengan kemasan saiz berlebih-lebihan (over size) bakal mencipta impak tersendiri selain aksesori berwarna-warni menghiasi ruang sisi mahupun meja makan.