Oleh: Wan Erni Liza Md Izatzi

Pencahayaan di ruang makan bukan sekadar untuk menerangi ruang, malah ia juga merupakan elemen penting dalam mencipta mood makan yang sempurna untuk seisi keluarga dan tetamu yang bertandang. Web Impiana berikan info menarik buat anda mencipta ruang makan yang indah melalui pencahayaan.  

  1. Pemilihan lampu bergantung pada ketinggian siling dan saiz ruang makan anda. Lampu jenis gantungan/rantaian atau mounted boleh dipilih mengikut cita rasa dan kesesuaian ruang. Andai dipilih dengan betul, lampu tersebut mampu membayangi kehebatan masakan anda.
  2. Sekiranya ingin memilih lampu jenis gantungan/rantaian seperti pendant atau candelier, pilihlah saiz yang betul agar ia mudah dipasang dan digayakan di ruang makan. Jika bercadang memilih candelier, ukuran panjangnya haruslah kira-kira 80 peratus daripada panjang meja makan anda. Manakala untuk menggantungnya pula, sediakan jarak sekurang-kurangnya empat ke lima kaki (1.2 ke 1.5m) daripada permukaan meja ke candelier. Ini bagi mengelakkan daripada lampu tersebut menghalang eye level di meja makan.
  3. Selain lampu candelier atau mounted sebagai general lighting, anda boleh menambah pencahayaan ambiens  atau task lighting bagi mewujudkan sumber pencahayaan tambahan sekali gus menyerlahkan ruang makan anda itu.
  4. Manakala kaedah task lighting boleh dicipta dengan menggunakan lampu pendant  yang akan mencipta kesan pencahayaan setempat di atas meja makan atau kaunter bar anda.
  5. Ciptakan pencahayaan tersendiri dengan kehadiran sideboard di ruang makan anda. Lampu seperti wall scones atau table lamp boleh digunakan di sudut ini.
  6. Lampu reses downlight atau track lighting juga boleh digunakan sebagai pencahayaan tambahan di ruang makan selain candelier atau mounted. Ia boleh mencipta kesan pencahayaan aksen dengan menggunakan LED