Penataan di meja makan memainkan peranan yang penting pada hari lebaran agar tetamu berasa selesa ketika menikmati juadah. Berikut Web Impiana kongsi kan 5 tip ringkas buat anda untuk menata meja makan agar tampil sempurna.

 

1.Pencahayaan di ruang makan. Pilih lampu dengan cahaya kuning (warm light) seperti mentol pijar agar dapat memberikan warna sebenar pada makanan

 

2. Gunakan simbahan cahaya lembut yang akan menghasilkan ruang makan yang lebih cosy. Ia boleh didapati dengan penggunaan lilin atau lampu jenis task lighting dengan bantuan pencahayaan am.

 

3.Gunakan kaedah hidangan bufet agar tetamu dapat mengambil makan dengan lebih mudah. Jika meja tidak mencukupi, gunakan meja bufet atau konsol

 

4.Pilih konsep tertentu untuk menghidangkan meja makan dengan memilih konsep warna atau gaya tertentu dalam pemilihan pinggan mangkuk, kutleri dan serviette, seperti konsep moden ringkas, warna ceria dan Inggeris.

 

5.Cipta titik fokal dengan menggunakan jambangan bunga atau hiasan buah-buahan di tengah-tengah meja makan anda.