Ruang makan yang comel juga layak di berikan penataan yang istimewa. Jadi jangan jadikan ruang sempit sebagai alasan ya untuk anda mendekorasi ruang makan anda. Kalau anda bijak ruang makan yang sempit ini mampu di transformasikan menjadi ruang makan yang elegan , bergaya dan mewah. Web IMPIANA kumpulkan 6 pilihan menarik untuk anda jadikan sebagai inspirasi.


1.Sudut bucu yang di jadikan sebagai ruang makan dengan menggandingkan meja bulat dengan kerusi panjang ini memang sangat menarik. Di tambah pula dengan aksesori dan hiasan seperti throw kusyen, bingkai gambar, cermin berbingkai rona emas dan banyak lagi menyerlahkan gaya mewah pada ruang.
Sumber Foto: The Glitter Guide


2. Andai ruang kediaman anda terlalu sempit anda boleh gunakan meja makan yang boleh di simpan ke dinding dengan kerusi lipat seperti ini. Biarpun ringkas namun tetap nampak mewah dan menyerlah apabila di buka di jadikan ruang makan.
Sumber Foto: House Of Beautiful

 

3. Meja di tolak rapat ke dinding memberikan lebih keselesaan. Sekiranya ramai orang kerusi tambahan di sediakan. Cantik idea hiasnya nampak begitu elegan bergaya.    
Sumber Foto: Apartment Therapy

 

4.Kabinet pamer yang turut bersambung menjadi kerusi panjang. Idea yang sangat menarik dan paling penting selesa serta praktikal.   
Sumber Foto: Young House Love

 

5. Ringkas dengan pilihan perabot warna kayu dan putih namun bagi memberikan gaya yang istimewa dinding di hias dengan koleksi pinggan seramik.   
Sumber Foto: Amanda Medlin


6.Sudut kecil di tansformasi menjadi ruang makan yang cukup indah. Tanpa perlu hiasan atau aksesori yang sarat namun penggunaan rona yang menenangkan memberikan gaya eksklusif pada ruang makan comel ini.  
Sumber Foto: Dear Lillie