Rasanya angan-angan untuk makan malam di puncak awan sambil menyaksikan bulan purnama dan bintang-bintang berkelipan tidak lagi menjadi khayalan dan fantasi.

Ternyata peristiwa ini menjadi hangat dan viral dalam kalangan pengikut-pengikut sosial media di mana kedatangan Dinner in the Sky di Malaysia amat-amat menggemparkan!

Mana tidaknya, pengunjung berkesempatan menjamu selera di dalam suasana yang paling unik dan menarik iaitu makan sambil terapung-apung di udara dengan ketinggian 500m2.

Buat pengetahuan anda semua, idea ini telah dibawa oleh Dinner in the Sky group dan telah memiliki 43 cawangan kafe terapung diserata dunia! Oleh kerana keistimewaan yang diterjemahkan oleh mereka lain daripada yang lain, restoran ini berjaya tersenarai di dalam  Forbes.com sebagai 10 restoran unik yang ada diseluruh dunia.

Untuk anda yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai rekaan kafe- kafe menarik yang ada di Malaysia selain dari restoran ini,  anda boleh dapatkan Majalah Impiana isu keluaran Mei 2016. Pastikan jangan ketinggalan!!!