Para penggemar gaya Kedesaan Inggeris pasti suka dengan seni folkart. Menghasilkan sendiri karya ini  memang banyak memberi kepuasan serta menguntungkan juga. Imej yang boleh dilukis pada pelbagai jenis permukaan menjadikannya sebagai antara pilihan karya seni yang mengagumkan. Teknik yang betul akan menambah cantikkan lagi visual paparan. Karya yang terhasil lantas dijadikan aksesori atau penyeri ruang dalam kediaman dan taman. Tetamu yang melihat juga akan teruja.


Memang benar di pasaran sudah ada pelekat  yang memaparkan imej seni folkart tetapi auranya tidak serupa jika dihasilkan sendiri. Karya yang dihasilkan sendiri lebih asli dan bernilai. Ia menjanjikan kepuasan dan ketagihan. Kunci kemahiran untuk seni folkart ini ialah kita perlu tingkatkan kemahiran menerusi latihan berterusan. Mungkin anda boleh gunakan waktu lapang di hujung minggu. Ia boleh dijadikan sebagai hobi yang boleh dimanfaatkan.



Web IMPIANA ingin menunjukkan bukti betapa apabila minat dipupuk dan dibaja dengan baik, maka ia akan menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Malah hasil kemahiran yang dimiliki boleh pula dikongsi dengan masyarakat yang juga berminat biarpun tidak punya kemahiran melukis. Ini semua boleh dipelajari asalkan ada minat.

Apa yang anda lihat ini merupakan sebahagian daripada koleksi karya seni folkart hasil karya puan Aniza , Zaiton dan Nora;  tiga rakan baik yang juga turut mengajar seni ini. Apa sahaja permukaan yang difikirkan baik untuk mereka 'kerjakan' ia akan berubah menjadi aksesori menawan. Web Impiana tidak mahu ulas panjang. Lihat hasil kerja mereka dan yakinlah anda juga boleh menghasilkannya.



Mulakan dengan menyertai BENGKEL  SEHARI INDAHNYA FOLKART Siri ke 12  anjuran majalah LAMAN pada 2 APRIL 2016.  Yuran keseluruhan adalah RM300 namun peserta boleh membayar deposit 50% yuran terlebih dahulu dan bakinya pada hari bengkel berlangsung. Semua peralatan akan disediakan oleh pihak penganjur. Sila buat bayaran deposit berjumlah RM150 ke akaun Maybank GRUP MAJALAH KARANGKRAF SDN BHD 5122 1330 5715 dan email bukti bayaran kepada editor LAMAN di asmar.zakri@karangkraf.com.my atau emma.masri@karangkraf.com Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi editor LAMAN : 017 347 5259