Melihat keadaan asal rumah yang terletak di Kota Damansara ini anda mesti tidak sangka ia masih mampu di ubah suai hingga menjadi rumah yang sangat sempurna. Mengambil masa dua bulan untuk di ubah suai kerana menurut pemiliknya Mohamed Hisham dan isterinya Nadia rumah yang di beli atas orang ini sudah lama di tinggalkan. Hampir semua siling pintu dan tingkap semuanya dah reput. Kos ubah suai untuk membaiki menelan belanja hampir 19 ribu termasuk plaster siling, kabinet dapur  6500, lantai lamina 5 ribu untuk ruang tamu,ruang makan dan dua bilik tidur.  

Semua idea menghias datang dari pemilik sendiri serta bantuan kawan-kawan daripada group-group deko di Facebook. Ternyata idea-ideanya ini boleh di jadikan inspirasi malah panduan buat anda yang mungkin sedang berkira-kira nak beli rumah lama. Mereka dah berjaya buktikan rumah lama juga mampu tampil sempurna selagi anda bijak mendekorasikan setiap ruang.