Biarpun hanya sebuah rumah yang di sewa namun itu bukan penghalang buat Murni Asyikin Mohammad merealisasikan impiannya untuk memiliki sebuah kediaman yang sempurna serta menepati citarasa dan minatnya berdekorasi. Lihat lah hasilnya. Anda pasti kagum kerana rumah teres kos sederhana yang terletak di Kuantan Pahang ini mampu tampil sangat menarik dengan idea konsep moden minimalis. Buat anda yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri jadikan ini sebagai inspirasi ya.      


 

Warna asal rumah tetap di kekalkan tanpa mengecat semula.Konsep rumah yang mampu milik tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.




Idea untuk mendekorasi rumah ini banyak di perolehi dengan melihat idea-idea menghias kediaman yang kecil dan sempit daripada internet terutamanya pinterest.com.


 

Melihat pada pemilihan perabot pasti ramai yang sudah dapat mengagak dari mana. Sebagai peminat tegar IKEA, hampir 90 peratus perabot dan barang-barang di dalam rumah ini daripada IKEA. Memilih barangan IKEA bukan sahaja kerana cantik malah sangat praktikal, harga berpatutan, berkualiti dan design yang tak lapuk dek zaman.




 

Salah sebuah bilik di jadikan sebagai ruang untuk Warna Warni Art and Baking Studio Class. Ia merupakan kelas untuk kanak-kanak. Tujuan kelas tersebut adalah untuk melatih kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak seawal usia 4 tahun. Memilih menggunakan meja pallet sebagai meja aktiviti kerana kos penghasilan yang murah tetapi nampak versatile.



Salah satu keunikkan kediaman yang berkeluasan 20 X50 ini ialah banyak menggunakan perabot berkonsepkan kayu tetapi nampak moden dan minimalis. Penggunaan perabot yang minima dan ada sesetengah perabot di beli secondhand daripada di kedai barangan terpakai dan mudah.my.