Setelah berjaya mengenggam trofi Academy Awards semuda usia 23 tahun, apa lagi yang mungkin ingin dikecapi oleh bintang Hollywood, Jennifer Lawrence? Tidak lain tidak bukan pastilah sebuah rumah agam yang terbentang luas di pergunungan Los Angeles.

 



Terletak di dalam kejiranan selebriti setara statusnya seperti Cameron Diaz, Mila Kunis dan Ashton Kutcher, ia mempunyai lima buah bilik tidur serba luas, kolam ikan koi dan kolam renang.  Sumber terdekat juga pernah mendedahkan bahawa rumah setinggi seluas 5,500 kaki persegi ini bernilai $8 juta! Tak percaya, lihatlah sendiri rupanya dari dalam dan luar.

 



Sumber : House & Home