Siapa yang tidak kenal dengan primadona moden Hollywood yang turut dicalonkan untuk Anugerah Akademi 2016, Cate Blanchett. Walaupun pernah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik untuk filem Blue Jasmine, Cate masih tidak menjarakkan diri daripada negara kelahiran beliau, Australia. Sehingga kini, Cate berulang-alik dari kediaman beliau di Sydney ke Los Angelas demi memenuhi tuntutan selaku pelakon terkenal.  

Bercakap mengenai kediaman Cate, beliau baru-baru ini telahpun membeli sebuah unit apartmen dengan 5 buah bilik tidur di kota metropolis Sydney. Dikatakan bernilai sehingga AU$8 juta (whoa!), apartmen tersebut terletak betul-betul berhadapan dengan Sydney Opera House dan jambatan Sydney Harbour. Tidak hairanlah Cate begitu teruja dengan pembelian aset terbaru beliau itu.
 

Kredit Gambar: houseandhome