Ruang dapur yang kelihatan sempit merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan pemillik kediaman terutamanya pemilik kediaman jenis apartmen dan kondominium. Idea dalam memastikan ruang dapur kelihatan luas adalah dengan mengurangkan penggunaan pinggan mangkuk dan bunga hiasan.

 

Susunan barangan dan pinggan mangkuk dalam ruang simpanan juga memainkan peranan penting. Jadi, gunakanlah semua ruang simpanan yang ada dengan sebaik mungkin. Pemilihan konsep minimalis di ruang dapur yang sempit merupakan pilihan konsep yang terbaik dalam menjadikan ruang dapur kelihatan luas dan selesa. Antara idea lain adalah dengan mengaplikasikan rekaan dalam bentuk 3d terlebih dahulu selain daripada menggunakan warna-warna cerah atau warna pastel bagi melatari dinding serta pemilihan perabot.