Mengumpul barangan lama dan antik ini sememangnya menjadi hobi pemilik yang mesra di panggil K Nur sejak usia remaja lagi. Jadi tidak hairan lah kan apabila memiliki kediaman sendiri barang-barang antik menjadi pilihan utama dalam dekorasinya. Koleksi barangan antik milik K nur ini ada di antaranya mencecah usia berpuluh-puluh tahun. Ia di beli daripada merata-rata tempat antaranya Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan banyak lagi. Ada juga di antaranya hadiah daripada kawan-kawan yang sudah sedia maklum dengan minatnya mengumpul barangan antik. Namun untuk memberikan idea yang lebih memukau dan memecah kebosanan pemilik memilih untuk mempamerkan pelbagai koleksi barangan lama dan antik bersama jalinan warna alam dan putih melatari setiap ruang. Jom lihat idea unik kediaman ini..

 

Biarpun mungkin ada di antara tetamu yang datang bertandang ke rumah menganggap kediaman ini ibarat sebuah galeri barangan lama, namun apa yang lebih penting bagi pemilik merupakan kepuasan dalam menata hias kediaman kerana mampu mengikut naluri dan cita rasanya.

 

Di ruang makan letakkan meja bulat dengan empat kerusi berserta dua stool tersusun kemas dan rapi.


Kabinet ini di beli di Johor dan asalnya pintunya diperbuat daripada bahan kayu. Namun untuk sesuaikan dengan gaya kini saya gunakan kaca sebagai pintu.

 

Letakan alat muzik gabus pada bahagian kepala katil dijadikan sebagai salah satu elemen dekorasi.


'

 

Percikan warna emas pada cermin sarat berkerawang dan payung bali disandarkan di dinding benar-benar mencipta kelainan yang jarang dipertontonkan

 

Bagi pemilik biarpun brang-barang antik ini tidak secantik barangan yang ada sekarang namun ia punya keistimewaan yang tersendiri malah ada di antaranya mampu memberikan aura pada gaya dekorasi. Setiap daripadanya sangat bernilai dan sayang andai tidak ada yang menghargai serta mewarisinya kerana ia adalah tinggalan nenek moyang kita dahulu kala

 

Majalah lama sekitar tahun 1953, kalendar tahun 1963 dan surat lama berdaftar pada tahun 1951 dan 1961 serta gambar lama semuanya dibingkaikan menjadi hiasan dinding yang menarik.