Warna ungu merupakan warna yang sering menjadi pilihan wanita berbanding lelaki kerana warna ini di katakan memberi kesan sensual, feminim dan anggun. Bukan itu sahaja Warna ungu juga sering digunakan untuk menggambarkan kemewahan dan kebangsawanan. Oleh kerana itulah penggemar warna ungu dikatakan adalah orang – orang yang optimis dan berani. Begitu jugalah warna ungu bila di kaitkan dalam dunia dekorasi. Hanya yang berani sahaja mampu menggunakan rona ungu secara keseluruhan. Ini kerana bukan semua orang mampu mengggayakan warna ungu ini dengan baik. Ada yang nampak begitu sarat dan panas. Ada pula nampak tidak kena hinggakan barang yang mewah nampak murah. Jadi harus hati-hati ya!  Web IMPIANA kongsikan dengan anda tata hias terbaik menggunakan rona ungu. Semoga ia boleh di jadikan sebagai inspirasi.  

Sumber Foto: Google

Info!!!!!!!
Warna ungu muda disebut memiliki kemampuan untuk menenangkan perasaan, meredakan stress, menghilangkan ketegangan, bahkan disebut juga baik untuk migrain. Warna ungu pucat memiliki tempat yang istimewa dan hampir sakral di alam. Lavendel, anggrek dan bunga lilac violet adalah bunga-bunga yang indah dan seringkali dianggap berharga. Warna ungu muda sangat sesuai untuk kamar tidur, kamar bayi, dan ruangan lain di mana anda ingin menciptakan suasana tenang.  Cat dinding anda dengan satu warna lavendel, lilac atau anggrek. Untuk tampilan yang lebih berani, padukan warna ungu muda dengan warna ungu yang sedikit lebih gelap seperti violet atau lembayung (mauve). Sentuhan akhirnya? Sebuah vas berisi bunga Lavendel yang harum alami, tentunya.   (Dulux.co.id)