Biarpun masih belum berkesempatan memiliki rumah sendiri. Namun itu tidak menjadi penghalang buat pasangan suami isteri Syed Azmil dan Fatin Farina untuk menghias serta mendekorasi kondominium yang di sewa mereka menjadi sebuah kediaman yang sempurna dan indah tanpa perlu keluarkan belanja yang besar. Bukan itu sahaja, apa yang menariknya lagi kebanyakkan kerja-kerja memperindahkan ruang tamu, bilik, ruang makan dan balkoni semuanya di buat sendiri menggunakan daya kreatif mereka suami isteri. Ini termasuklah kerja-kerja cat dinding, menghasilkan hiasan-hiasan menarik untuk dinding dan banyak lagi semuanya menggunakan teknik DIY dan kitar semula. Jom lihat bagaimana hasilnya..