Kini, semakin ramai yang memilih untuk berkerja dari rumah. Jadi semestinya anda memerlukan ruang berkerja yang bukan sahaja sempurna, cantik dan paling penting tersusun rapi. Menyediakan ruang kerja tidak semestinya memerlukan keluasan yang besar. Anda boleh cari mana-mana sudut ataupun mungkin bilik paling kecil untuk di jadikan 'home office'. Selain meja kerja dan kerusi rak antara yang perlu ada untuk ruang kerja. daripada segi pemilihan warna pula sebaiknya adalah warna pastel dan putih agar sedap mata memandang. Elakkan daripada terlalu sarat dengan pelbagai hiasan yang tidak perlu. Web IMPIANA kongsikan dengan anda idea-idea menarik 'home office' yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi.    
 

Kabinet bina dalam bukan sahaja berfungsi untuk memberi ruang penstoran yang lebih banyak malah ruang akan tampak lebih kemas dan selesa walaupun sempit.  
Foto: www.eastsidehomelink.com


Buat anda yang buat perniagaan on line seperti tudung, produk kecantikkan dan sewaktu dengannya sesuai lah dengan idea home office ni. Nampak segar dan ceria.  
Foto: cupcakesforbreakfast.com




Wow! idea ini pun menarik. Mungkin boleh ambil sedikit ruang di bilik tidur, ruang makan atau ruang tamu kemudian gunakan pembahagi untuk sudut kecil kerja anda.  
Foto: www.houseandgarden.co.uk



Cat dinding menggunakan cat yang boleh di jadikan sebagai papan hitam. Mudah lah untuk anda conteng-conteng nota kerja.  
Foto: www.pinterest.com



Dinding di gunakan sepenuhnya untuk pelbagai fungsi. Penyelesaian yang baik untuk ruang sempit.
Foto: www.pinterest.com



Percaya atau tidak bilik stor pun mampu jadi ruang kerja yang sangat menarik. kalau tidak di gunakan boleh tutup pintu. Kemas pun kemas.
Foto: lce-nancy.com



Semuanya 'custom made' tetapi kalau nak lebih ruang ottoman tu selain boleh duduk patut boleh di jadikan sebagai ruang penstoran juga.  
Foto: blog.schiavihomes.com



Satu lagi idea wow! Sesuai buat anda yang melakukan kerja kreatif  seperti pereka dan sebagainya. Mesti perlukan ruang yang boleh memberikan ilham dan inspirasi.
foto: www.digsdigs.com


Idea ruang kerja yang di bina atas loteng. Bagus juga kan tak ganggu mana-mana ruang dan lebih privacy.
Foto: www.digsdigs.com