Melihat kediaman yang mewah dan elegan pastinya membuatkan anda teruja. Sebenarnya,  mewah atau murahnya sesebuah penataan itu bukan bergantung besar atau kecil sesebuah rumah atau jenama ke tidak perabot dan aksesori yang digunakan. Paling penting adalah kreativiti anda dalam menata hias sesebuah ruang. WEB IMPIANA kongsikan dengan anda 8  cara mudah untuk merubah kediaman anda tampak mewah.

1. Perlu ada lampu candelier di ruang tamu. Tidak perlu mahal tetapi rekaannya elegan dan unik.
 


2.Warna putih dominasi ruang tetapi perlu ada suntikkan warna pada salah satu sofa ataupun aksesori.


3.Vas yang anda boleh beli di kedai biasa sahaja ataupun bekas kaca tetapi semburkan dengan warna emas atau silver untuk tampak mewah.


4.Hadirkan panel di dinding ruang makan untuk menampilkan gaya yang lebih sofistikated


5.Gubahan-gubahan bunga segar di ruang tamu bukan sahaja harum malah segar mata memandang


6.Cermin dengan bentuk yang unik serta di gabungkan mengikut kreativiti anda. 


7.Langsir digantung tinggi menutupi keseluruhan tingkap dan pintu sliding


8.Lukisan asli yang mempunyai aura yang tersendiri.