Jangan silap ya...... Ini bukan di Malaysia tetapi merupakan sebuah apartmen yang terletak di Sydney Australia. Tetapi apa yang istimewanya tentang apartmen ini salah satu unitnya di miliki oleh seorang anak muda yang berasal dari Singapura. Bukan itu sahaja, anda juga pasti akan kagum melihat hiasan dalamannya.

Berkonsepkan Modern & Retro bersama "East Meets West" menjadikan apartmen milik anak muda yang mesra di panggil Eddie ini tampil begitu memukau. Malah sesiapa sahaja yang memandang pasti akan jatuh hati. Tak percaya??? Jom lihat idea-idea menarik apartmen dua bilik ini! Semestinya anda boleh jadikan sebagai inspirasi.  
 

 

Ke semua gaya dekorasi ini di tentukan oleh Eddie sendiri mengikut citarasanya. Tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam bidang hiasan dalaman tetapi Eddie menjadikan  majalah deko, showroom perabot, rumah kawan-kawan, hotel-hotel Antarabangsa yang pernah didudukinya, restoran-restoran yang pernah dikunjungi dan juga filem-filem yang pernah di tontoni sebagai inspirasi.

 


Buat anda yang tertanya-tanya tentang perabot di dalam rumah ini, kebanyakan perabot dibeli dari Singapura dan Australia. Antaranya Sideboard, Coffee Table, Dining Table & kerusi di beli di Singapura. Manakala Lounge Sofa dan Armchairs ruang tamu di beli di Australia. Pemilik gemarkan konsep deko "Less is MORE" tetapi menjadikan warna untuk memainkan peranan yang utama dalam deko dalaman rumah.



 


 

Sejak tinggal di Sydney, minat untuk bercucuk tanam mula timbul. Jadi, tidak hairanlah bila lihat ruang balkoni rumah ini di penuhi dengan tanaman. Ruang yang terhad tidak menjadi penghalang buat Eddie menyerikan balconinya dengan tanaman-tanaman yang subur dan menghijau.