Melihat pada konsep kediaman seumpama ini anda sudah pasti dapat mengagak bukan calang-calang orang untuk menghasilkannya. Idea kreatif dan rare sebegini kebiasaannya di hasilkan oleh mereka yang pakar. Olahan bahan besi, kayu padu, simen sering menjadi sebagai signature kepada sebahagian rekaan. Ruang kediaman juga dapat dilihat bersih, ‘rata’ menyatakan ‘simplifikasi’ yang menyenangkan. Semestinya ini mampu memberi inspirasi kepada pencinta dekorasi menata hias dan mereka bentuk kediaman persis air tangan seorang pereka.


1.Reka bentuk ruang tangga memperlihatkan kemasan konkrit memenuhi segenap ruang lantai. Namun, untuk lebih menonjol dinding batu bata tanpa lepaan simen menjadi pilihan.



2.Bilik air konsep terbuka tampil dengan idea yang sangat rare dan unik. Sekali imbas ada inspirasi ala bali di situ.



3.Pastinya, titik tumpu ruang ini terletak pada bahagian kemasan dinding yang sebahagian besar material batu-batanya yang di cat warna putih. Dengan bantuan teknik pencahayaan task lighting, hasilnya sebuah dinding tumpu unik dan tersendiri.



4.Lahirlah sebuah ruang terbuka dari ruang tamu menuju ke kamar tidur. Selain memudahkan aliran trafik antara ruang, ia sekali gus menzahirkan kesan pencahayaan dan pengudaraan dalaman yang lebih baik melalui elemen rongga dan bukaan ruang.



5.Tidak berlandaskan kepada aksesori dan perabot semata-mata, sebaliknya lebih tertumpu kepada penggunaan kemasan serta bahan yang di gunakan untuk headbord katil, dinding, lantai dan sebagainya. Bukan itu sahaja ia juga banyak memanipulasi praktikaliti dan fungsi ruang kediaman.


 

6.Elemen moden, minimalis dan industrial bersatu dengan penampilan yang cukup memukau. Memilih warna kelabu dan putih pada sudut dinding sebelahnya beserta siling konkrit. Bagi membantu fungsi ruang, perabot saidbod dan kerusi berkusyen turut digunakan

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/19%20FEBUARI%202016/IMP_20140401_13_196TO199_IDEA%20DEKO%20COOL%20DESIGN%20(10).jpg


7.Pastinya, titik tumpu ruang ini terletak pada bahagian kemasan dinding yang sebahagian besar material batu-batanya yang digunakan tidak dilepa dengan kemasan simen. Sebaliknya, ia dibiarkan dengan tekstur dan warna asal bagi menghasilkan kesan rustik yang diinginkan.

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/19%20FEBUARI%202016/IMP_20140401_13_196TO199_IDEA%20DEKO%20COOL%20DESIGN%20(3).jpg



8. Tangga yang di bina menuju ke tingkat atas menggunakan seratus peratus konsep industri bermula dari lantai, pemegang dan dinding di tangga.

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/19%20FEBUARI%202016/IMP_20140401_13_196TO199_IDEA%20DEKO%20COOL%20DESIGN%20(4).jpg

 

9.Bagi menjelmakan kelainan, ruang makan digayakan dengan penataan moden yang ekslusif dengan garapan rona  alam. Bukan hanya sesuai untuk di jadikan ruang santapan malah ia juga serasi untuk di jadikan sebagai ruang membaca dan berkerja.




10. Penataan istimewa pada dinding kemudian dibantu pula dengan task lighting kelihatan ia begitu sempurna dan indah.