Siapa yang ulat buku memang wajib ada 'home library' di rumah. Bukan sahaja ada ruang privacy untuk membaca malah sangat penting supaya buku-buku tersimpan rapi. Jadi mudah lah di cari apabila hendak di baca serta di simpan semula. Bercakap tentang ruang yang sesuai pula untuk 'home library', ia bergantung kepada keluasan serta ruang yang ada di kediaman anda. Sekiranya ada bilik kosong boleh  sahaja anda khaskan satu bilik untuk 'home library' anda. Tetapi kalau tidak ada bilik khas anda boleh membina rak buku di dinding ruang tamu dan sebagainya. Namun satu yang harus anda elakkan adalah membina rak buku di bilik tidur. Ia tidak sesuai sama sekali kerana bilik tidur adalah ruang istirehat yang memerlukan permandangan yang tenang dan bukannya sarat dengan buku. Jom lihat idea-idea 'home library' yang sangat 'cool' ini untuk anda jadikan inspirasi.