INFO DAPUR
PEMILIK: Steven & Mandy
LOKASI: Denai Alam
KONSEP DAPUR: Moden Industri
PEREKA: D Format
KELUASAN DAPUR: 16' x 9'                      
JENIS KEDIAMAN: Teres
 
Konsep moden industri kian mendapat tempat di hati peminat dekorasi hiasan dalaman rumah. Konsep yang dilihat cool dan cozy ini menggabungkan elemen moden yang ringkas dan kemas serta penekanan bahan asas yang bersifat raw seperti batu bata, besi, aluminium dan simen konkrit tanpa kemasan akhir. Web Impiana kongsikan dengan anda dapur kediaman milik Steven dan Mandy yang terletak di Denai Alam. Ingin tampil berbeza, sentuhan konsep moden dengan percikan elemen industri dipilih kerana percaya ia mampu menjadi identiti yang menyerlahkan lagi keindahan dekorasi kediaman. 
 
 
1. Idea peletakan sliding door atau pintu gelangsar daripada kemasan tempered glass adalah percaturan bijak pemilik kerana ia menyerlahkan lagi dapur bergaya elegan ini. Bersifat telus pandang, kemasan ini adalah pilihan tepat bagi mewujudkan ruang yang terkesan luas. 

 

2. Pada kaunter pulau, material batu quartz yang kukuh dan versatil rona Alaska White menjadi pilihan pemilik. Material ini turut melengkapi bahagian kaunter top pada kabinet dasar yang berbentuk L. 

 

3. Rona putih dipilih kerana ia menampilkan wajah dapur yang tampak kemas dan bersih secara keseluruhannya.

 

4. Ruangan backsplash dapur ini terdiri daripada kemasan glass mosaic berwarna earth tone berjaya menjadi titik fokal yang mampu menyerikan lagi ruang dapur. 

 

5. Bahagian dasar kaunter pulau dimaksimumkan fungsinya sebagai zon storan yang baik. Secara tidak langsung, ia membantu pemilik kediaman dari segi memudahkan capaian dan menyimpan perkakasan dapur berhampiran tempat memasak. Laci bina dalam juga dibina lebih besar bagi memudahkan penempatan pelbagai barangan dan memaksimumkan penstoran.

 

6. Peletakan bata merah ini berperanan menjadi feature wall yang mampu menjadi titik fokal ketika berada di ruang dapur. 

 

7. Pemilihan lampu dan kemasan pintu kabinet crystal glass rona putih polos dilihat berpadanan dan menepati konsep dan rekaan kabinet di dapur indah ini. 

 
8. Sistem aplikasi 'Titus tip on' digunakan pada rekaan dapur ini. Ia cukup mudah dan praktikal untuk kegunaan pemilik. Istimewanya, berbanding rekaan pada kabinet dapur biasa yang memerlukan handle pada setiap pintu kabinet, pintu kabinet dapur ini berciri frameless dan hanya memerlukan tip on atau ditekan pada penjuru pintu kabinet sebelum terbuka.
 

 

9. Pemilihan aksesori dapur juga sentiasa dititikberatkan agar kerja dapur berjalan dengan lebih mudah dan lancar . Rekaan dapur yang efisien ini dilengkapi dengan sistem soft close pada kesemua laci, selain tall unit, bottle rack, cutlery tray, pull out baskets dan drawers bagi menambah lagi kesempurnaan pada binaan kabinet ini.