"Dapur sudah tampil moden dan bergaya, takkan tong sampah nak guna tong hitam yang besar". Bukan sahaja akan mencacatkan pandangan malah akan menggunakan ruang yang agak banyak. Kini terdapat pelbagai cara dan jenis bekas yang bukan sahaja menarik , inovatif malah tidak menggunakan ruang yang banyak dan di simpan dalam kabinet dapur. Jadi ia akan nampak lebih kemas, tidak berbau malah tidak akan mencacatkan pandangan. Namun pastikan anda rajin buang sampah ya. Kalau cantik dan moden sahaja tetapi kebersihan diabaikan tidak ada gunanya juga. Jom lihat idea-idea menarik ini.