Anda mahukan kelainan atau mungkin juga anda suka sesuatu yang ceria? Bawakan idea menarik ini untuk dapur anda. 

 

1.Kebijaksanaan dalam tatahias ini walaupun rona kabinetnya begitu menyerlah namun masih praktikal untuk menata hias dinding dengan bermotif. Suntikan rona hitam juga berjaya menambahkan kesan elegan. 

 

2. Sejuk mata memandang. Warna ungu dikatakan melambangkan kreativiti dan imiginasi. Sangat sesuai sebagai warna rekaan dapur moden. Bukan itu sahaja ia juga dilihat tampil mewah. 

 

3. Wow! photo mural ini sangat menarik. Di bantu pula dengan pencahayaan  menyerlahkan lagi gaya yang di persembahkan. 

 

4. Jangan kata dapur sempit semuanya kena polos. Idea ini membuktikan keluasan bukan penghalang.        

 

5. Biarpun agak sarat dengan motif alam namun ia sedikit pun tidak nampak berserabut. Mungkin kerana diseimbangkan dengan pemilihan kabinet serta meja makan berona putih. 

 

Dengan penampilan dapur yang mengagumkan seperti 5 dapur di atas pasti akan membuatkan para isteri makin rajin masuk dapur dan memasak masakan terbaik untuk keluarga... 

 

 

Sumber:  www.dobreradyanapady.sk