Kaunter pulau kini menjadi salah satu elemen penting yang harus ada andai anda membina kabinet dapur. Selain berfungsi sebagai ruang untuk melakukan kerja-kerja memasak ia juga berfungsi sebagai ruang makan tidak formal. Namun ramai yang berpendapat kaunter pulau hanya sesuai di bina pada dapur yang mempunyai keluasan yang agak besar. Tanggapan tersebut salah sama sekali. Keluasan dapur yang sederhana juga masih boleh membina kaunter pulau. Malah dengan adanya kaunter pulau ia akan membantu melancarkan lagi tugas di dapur kerana punya ruang kerja yang lebih. Bukan itu sahaja kalau anda bijak boleh juga jadikan kaunter pulau anda sebagai salah satu ruang penstoran. Jom lihat idea-idea menarik untuk bina kaunter pulau di ruang yang terhad!