Masak-memasak kini lebih mudah dan menguja kan setiap hari dengan adanya periuk-periuk . daripada Toshiba ini. Ia telah memenuhi keperluan dan permintaan di pasaran.  

Periuk Nasi IH
Kini bukan alasan jika tidak pandai memasak nasi. Nasi masak sempurna dan gebu dengan periuk Nasi IH yang dilengkapi periuk dalaman tahan lasak dan tidak melekat. Periuk nasi berkualiti Jepun ini diperbuat daripada campuran serbuk besi dan keluli, dan di lapik dengan aluminium yang memanas dengan lebih efisien. Periuk ini juga dilapisi titanium dengan serbuk berlian agar lebih tahan lasak. Program khas membolehkan nasi dimasak mengikut tiga tahap konsistensi pilihan anda iaitu Lembut, Standard dan Keras. Periuk Nasi IH didatangkan dengan 11 Menu Auto iaitu lima jenis nasi iaitu nasi putih, pra basuh, campuran, perang, gaba dan bubur, penapaian, kek, telur separuh masak, tofu, cepat masak.


 
Periuk Nasi Digital
Semudah dengan hanya satu sentuhan butang. Periuk nasi digital dengan periuk tidak melekat 4mm. Periuk nasi digital ini mempunyai fungsi membakar dan penapaian, kekal panas 12 jam dan boleh memasak pelbagai sajian. Antara menunya termasuk bubur, penapaian, membakar, telur separuh masak, cepat masak/kukus dan dua jenis beras (putih, campuran). Periuk nasi digital ini juga sesuai untuk memasak sup.


 
Periuk Nasi Jenis Jar
Tiada lagi rungutan kerana periuk nasi jenis Jar ini mudah digunakan dan dibersihkan. Healthy Flon ialah lapisan Teflon (resin sintetik tahan lasak yang digunakan untuk menyadur perkakasan memasak tidak melekat). Periuk ini juga mudah digunakan dan dibersihkan dengan cepat. Healthy Flon juga berupaya mengurangkan sisa makanan pada permukaan dalaman periuk, untuk kehidupan yang lebih sihat.


 

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Toshiba, sila layari www.toshiba.com.my atau hubungi pertanyaan pelanggan di 1300 88 7899.