Selama ini mungkin penataan warna atau cat di dapur kurang diberi keutamaan dan perhatian. Kini sudah tiba masanya untuk anda menata hias kembali penataan warna di dapur kesayangan itu. Warna sebenarnya dapat mempengaruhi mood ruangan tersebut untuk merasa tenang dan selesa semasa menyediakan makanan. Berikut merupakan 3 pilihan warna cat sesuai untuk dapur anda

Warna Hangat

Biasanya warna hangat digunakan pada dinding yang tidak terlalu lebar. Contohnya warna hangat adalah mewah . Namun jangan sampai menggunakan warna merah terlalu banyak kerana warna boleh menimbulkan perasaan penat. Agar lebih lembut, padukan warna tersebut dengan warna putih atau coklat. Selain merah, oren dan kuning juga termasuk dalam warna hangat. Warna- warna hangat ini sesuai untuk dapur dengan rekaan tradisional seperti gaya COUNTRY, bagi dapur dengan gaya moden gunakan warna lebih moden.

Warna Dingin

Warna biru dan hijau secara natural boleh membawa perasaan tenang jika dii terapkan diruang dapur. Warna dingin juga sesuai diterapkan pada dapur moden atau pun dapur tradisioanal. Warna dingin yang lebih terang boleh diaplikasikan pada peralatan dapur seperti kayu kayan.Warna dingin yang gelap pula seperti biru dan hijau tua , sebaiknya di kontraskan dengan sedikit warna merah atau putih agar tidak membuatkan penghuninya kurang bersemangat .

Warna Neutral

Mengecat dapur dengan warna neutral bukan bermakna membuat dapur tersebut nampak membosankan . Menggunakan warna seperti coklat muda, kelabu ataupun putih boleh memberikan anda lebih mudah bermain dengan warna lain. Contohnya menggunakan warna merah atau warna terang lainnya agar dapur semakin berwarna.