Percikan tona bumi pada pintu kabinet ternyata menonjolkan kesegaran dan ketenangan yang berterusan di ruang dapur. Warna seakan jingga ini sememangnya tidak pernah lapuk dek zaman. Malah sentiasa segar dan berterusan menjadi pilihan. Satu faktor yang paling utama warna kayu ini sentiasa mendapat tempat di hati ramai pemilik kerana ia juga memberi impak cerah kepada ruang dapur secara keseluruhan.Jadi ia sangat sesuai di jadikan pilihan untuk dapur yang mempunyai keluasan yang terhad. Jom kita sama-sama lihat idea-idea menarik kabinet dapur tampil dengan tona bumi ini.