Backsplash merupakan material khas yang digunakan untuk menahan percikan minyak daripada terkena dinding di kala memasak. Ia diaplikasikan di belakang dapur dan pilihan backsplash adalah berdasar aktiviti memasak seseorang individu. Andai anda seorang yang kerap memasak pilihan. Backsplash yang mudah untuk diselenggarakan sesuai dijadikan pilihan.  Selain fungsinya untuk menahan percikan minyak, ia juga menjadi titik tumpuan. Umpamanya jika menggunakan kaca mozek pastinya ruang dapur memberi kelainan dan berkarakter. Ternyata backsplash mampu memberikan penampilan yang ekstra untuk ruang dapur selain mampu meningkatkan nilai jualan semula rumah. WEB IMPIANA kongsikan dengan backsplash yang menarik.