Kehadiran serangga seperti semut di ruang dapur pastinya meresahkan pemilik kediaman. Ia akan membuatkan dapur berada dalam keadaan tidak baik dan semut tersebut akan memasuki makanan dan menyebabkan pencemaran di dalamnya. Web Impiana ada cara untuk anda hapuskan serangga bersaiz kecil ini.Masukkan cuka dalam botol semburan kemudian semburkan cuka tersebut di tempat yang banyak semut. Ph rendah yang ada padanya membuatkan serangga tersebut tidak dapat bertahan lama di ruang dapur. Selain itu juga, anda boleh gunakan minyak masak. Namun cara ini agak melecehkan sedikit kerana barang-barang terpaksa dilumurkan dengan minyak. Semut tidak hinggap pada barang yang berminyak.
 
Selamat Mencuba!