Siapa yang tidak jatuh hati melihat Dapur milik pasangan suami isteri,  Dr. Norakmal Abdullah dan Wan Fathurahman Wan Musa ini. Bukan sahaja cantik, bergaya malah mempunyai ciri-ciri yang hebat. Memilih sentuhan daripada Unity Kitchen Sdn. Bhd bagi merealisasikan impian mereka ternyata ia memberikan hasil yang begitu memukau. Ingin ketahui lanjut tentang dapur ini? Baca 10 kelebihan dapur di kediaman yang terletak di Setiawangsa ini.

 

1.Projek di bawah jenama Unity Kitchen ini begitu efisien apabila merangkumi semua fungsi yang diperlukan. Bukan itu saja, gandingan kemasan material 4G Glass door berwarna ‘lite gold’  dengan Quartz top berona Bianco white digabungkan dan tampak mempunyai jalinan keserasian bagi menyerlahkan lagi konsep moden pada dapur yang diciptakan pereka.

2.Terdapat aneka aksesori terkini seperti aluminium roller shutter door, Flip Up Arms [BLUM], Soft Close Drawer System [BLUM] dan bottle basket diaplikasikan pada dapur ini bagi menyempurnakan lagi kehebatan dapur moden ini.

3.Warna ‘lite gold’ dipilih sebab ia sepadan dengan konsep yang diinginkan dan tidak terlalu ‘common’. Selain itu, warna ‘lite gold’ adalah warna metalik yang berkilat, jadi ia akan menonjolkan lagi wajah dapur agar tampak lebih elegan, selesa dan menarik. 

4.Paling penting, dapur milik Dr. Norakmal ini mempunyai banyak ruangan penstoran untuk penyimpanan barangan. Secara tidak langsung segala kelengkapan dapur dapat disembunyikan dan tampil lebih kemas. Malah sekiranya anda ke dapur kering, anda akan dapati aneka makanan kering juga ditempatkan di kabinet kaunter kering bagi memudahkan seluruh isi rumah mencapainya dengan mudah. 

5.Bawah kaunter pulau, ruang penstoran untuk set cawan dan pinggan mangkuk. Tersusun rapi dan mudah dicapai oleh anak-anak

6.Di dalam ruangan dapur basahnya, terdapat sebuah kaunter penyediaan makanan yang boleh dilipat. Ia menjadi kaunter transit bahan masakan yang ingin dimasak dan setelah dimasak.

7. Istimewanya almari simpanan lauk menggunakan aluminium shutter door. Ia bukan sahaja ringan malah membantu untuk menjimatkan ruang pembukaan pintu. Aplikasi ini juga tidak berkarat dan menjadi tumpuan di ruang dapur basah. Ia sangat praktikal kerana tidak perlu meletak makanan di bawah tudung saji. 

8.Bahagian pintu storan pada kaki kaunter pulau juga menggunakan material 4G supaya warna dapur tampak sepadan. Ia mewujudkan keseragaman di antara ruang dapur kering dan dapur basah. Selain itu kami juga menambah pintu pada kedua belah kaunter pulau supaya storan di bahagian kaki kaunter pulau senang diurus. 

9.Aspek keluasan memainkan peranan penting di dapur. Jadi dengan mengambil kira faktor ruang dapur kering, pereka memilih untuk menggunakan brown mirror sebagai backsplash dapur kering kerana pantulan mirror dapat meluaskan visual ruangan tersebut.

10.Penggunaan ‘Grind sink’ iaitu sejenis alat yang digunakan di bawah singki bagi menghalang singki dari tersumbat dan berbau. 

 

UNITY KITCHEN SDN. BHD.

1-9, JALAN MERBAH 1, BANDAR PUCHONG JAYA, 47100 PUCHONG, SELANGOR.

TEL: +603 – 8082 3708

FAKS: +603 – 8082 7707

E-MEL:enquiry@unitykitchen.com.my        

WEBSITE: www.unitykitchen.com.my