Sesekali menerapkan rona terang pada kabinet dapur mampu menghadirkan jelmaan yang luar biasa pada ruang dapur yang mungkin sebelum ini kelihatan hambar dan tidak menonjolkan. Aura merah, hijau, oren, biru dan lain-lain mampu menyuntik semangat untuk anda berada lama di ruang dapur. 

Bukan itu sahaja, suntikan rona berbeza daripada kebiasaan ini juga secara tidak langsung membentuk keunikan bagi ruang dapur. Rona yang dipilih tentunya menonjolkan keistimewaan dan gaya elegan yang mempesonakan.

Sekiranya anda bimbang rona hangat ini menjadikan ruang dapur nampak sempit ataupun mungkin gelap boleh sahaja menggandingkan dengan rona off white, putih, hitam atau rangkaian rona lembut pada dinding di sekitarnya untuk memberi keharmonian pada ruang dapur. Web IMPIANA kumpulkan 8 gaya dapur dengan suntikan warna terang yang pasti buat anda teruja dan terpersona.