Rona merah berkait rapat dengan 'mood' di dapur. Bukan sahaja dipercayai mampu membangkitkan mood selera di ruangan tersebut ia juga sangat bertepatan dengan tema dan konsep moden yang dibawakan sambil menyerlahkan lagi beberapa zon di ruang dapur. Dapur merah juga mampu tampil istimewa ditambah dengan elemen-elemen sampingan seperti penggunaan material pada kabinet, pencahayaan dan sebagainya memberikan wajah dapur menawan.  Jom lihat 9 gaya dapur merah menyala yang mampu membuat jiwa anda membara.