Tidak pernah telan dek zaman malah biar tahun berganti tahun gaya Inggeris tetap segar di hati pencintanya. Untuk itu, WEB IMPIANA bawakan anda pilihan dekorasi Dapur Inggeris. Semoga ia mampu memberi ilham serta inspirasi buat anda.


1.Penataan gaya Inggeris sememang kebiasannya merangkumi pemilihan perabot kayu dengan kemasan rona putih. Namun kelainan yang dapat di tonjolkan pemilihan aksesori dan susun atur sesebuah dapur. Bukan sekadar ruang dapur, ruang ini juga menerapkan elemen ruang pameran. Untuk itu, pintu kabinet separuhnya dibina daripada kemasan kaca  

 

2.Walaupun ruang terhad namun tetap mampu menonjolkan konsep yang diterjemahkan melalui pemilihan lampu gantung serta di tambah pula dengan kehadiran meja bulat dengan hiasan menarik menambah seri hias ruang.    

 

3.Kehadiran meja makan dengan fabrik motif flora dipadankan dengan binaan kabinet dapur daripada material kayu berona kuning cair menguatkan lagi konsep yang diterjemahkan. Dapur yang dibina cukup sempurna ini pastinya menjadi pemancing mata tetamu yang bertandang.

 

4.Kabinet dan kemasan dinding menggunakan rona putih bersih menyerlahkan gaya Inggeris moden yang sempurna serta secara tidak langsung menjadikan ruang tampil hebat dan bergaya. Unit pulau juga diadakan selain berfungsi sebagai ruang penyediaan makanan ia juga boleh digunakan sebagai ruang makan tidak formal.

 

5.Ruang makan dan dapur berada dalam kedudukan selari. Pilihan set meja makan kayu dengan hamparan table cloth checkers menampilkan elemen Inggeris Cottage di ruang dapur. Untuk mengelakkan tampak polos, kontras dicipta dengan menggunakan kertas dinding pattern brick pada sebahagian dinding. Menarik kombinasi yang diwujudkan.

 

6.Wow! Ini memang menarik. Ruang yang luas di gunakan sebaiknya mencipta dapur bertemakan Inggeris. pilihan warna lembut kemudian di serikan dengan hiasan serta aksesori yang berkonsepkan Inggeris menonjolkan lagi konsep yang di terjemahkan.